Local News: Brunei 

 | 

Sign Up

 | 

Sign In

Mahathir gesa orang Melayu tolak kepimpinan Abdullah

Posted in the Brunei Forum

Comments

Showing posts 1 - 20 of67
< prev page
|
Go to last post| Jump to page:
KebangkitanRakya t

Kerteh, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#1
Aug 28, 2007
 
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Hrkh)- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru orang Melayu supaya tidak lagi memberi sokongan kepada kepimpinan negara hari ini yang disifatkan telah banyak melakukan kerosakan dan yang membiarkan amalan rasuah berleluasa mutakhir ini.

Beliau berkata demikian dalam syarahannya dalam program anjuran Majlis ImagePrihatin Malaysia (PRIMA) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.

Antara yang hadir ialah, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dan Timbalan Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS, Abdul Rahman Othman (ARO); isteri bekas PM, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Pengerusi MTRK, Dato' Ibrahim Ali; bekas orang kuat Proton, Tan Sri Tengku Mahalel; anak Mahathir, Marina Mahathir; Pengerusi Penerangan DAP, Ronnie Liu; para bloggers, antaranya Rocky Bru (Ahiruddin Attan) dan Sang Kelembai selain beberapa pensyarah universiti tempatan.

"Orang Melayu dia undi Umno tanpa sebab, kalau letak tongkol kayu pun sebagai calon Umno, mereka akan pangkah dan Umno akan menang. Berbeza dengan orang Cina orang Cina ada perkiraan untuk menyokong mana-mana parti," kata Tun Mahathir sinis.

"Orang Cina dia buat penilaian, tak semesti ahli MCA akan undi MCA dan tidak semestinya ahli DAP akan undi DAP, begitu juga Gerakan. Itu sebab kita tengok macam di Pulau Pinang, ada kalanya MCA memang, ada kalanya DAP menang dan ada kalanya Gerakan menang kerana orang Cina akan menilai undi untuk agenda mereka," katanya.

"Bila menang besar, pemimpin akan kata ini semua kerana mereka dan mereka akan bermegah dengan kemenangan itu," tegasnya.

Melihat kepada pentadbiran negara yang terlalu lemah dengan amalan rasuah cukup membarah, rakyat pula mudah dibeli dengan hanya nilai suapan RM200 ia hanya akan menjurus kepada kemusnahan negara ini, kata Tun Mahathir.

Katanya lagi, dalam pemilihan perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu 2006, beliau bertanding sebagai perwakilan.

Namun kerana rasuah RM200 untuk membeli setiap orang penyokong setianya, beliau kalah dengan cara yang paling kotor sekali.

"Ini orang akan kata saya buat tuduhan, tetapi saya alami dan saya tahu ia berlaku. Kalau Ketua Bahagiannya nak kata tidak ada, apa boleh buat sebab jika bawa kepada Jawatankuasa Disiplin pun kata tiada, tetapi saya yang lalui saya tahu ia berlaku," tegasnya sinis.

Bercakap soal Pilihan Raya Umum ke-12, beliau yakin pilihan raya kali ini akan dijalankan dengan penuh rasuah dan penggunaan wang.

Beliau mendapat maklumat bahawa kini adanya usaha untuk mengumpul dana oleh pihak tertentu untuk menyumbang kepada dana pilihan raya.

Justeru, beliau yakin sekali kepimpinan Umno yang membenarkan rasuah berlaku di negara ini akan menggunakan rasuah dalam pilihan raya akan datang.
KebangkitanRakya t

Kerteh, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#2
Aug 28, 2007
 
ImageBaginya, jika orang Melayu memilih pemimpin yang melakukan rasuah dan memberi undi kerana sogokan RM200, bermakna kepimpinan yang akan menerajui negara adalah kepimpinan yang rasuah.

Beliau kecewa dengan sikap orang Melayu yang sedemikian rupa yang tidak berfikir untuk menentang pemimpin yang rasuah yang boleh merosakkan negara.

Malah hari ini amalan rasuah telah sebati, dan perasuah akan dibebaskan hanya dengan menafikan tuduhan ke atas mereka ini.

Justeru, beliau sekali lagi melahirkan keyakinan bahawa kepimpinan negara yang ada hari ini adalah kepimpinan yang bermasalah yang perlu ditolak oleh orang Melayu dan rakyat.

Begitupun beliau mahu Umno kekal sebagai kerajaan yang memerintah, sambil meletak keputusan kepada rakyat untuk memilih kepimpinan yang boleh menggantikan pemimpin yang ada hari ini.

Sementara itu beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan awam hari ini yang dilihat semakin buruk berbanding ketika era pemerintahannya.

Katanya lagi, hari ini rakyat bimbang untuk keluar rumah memandangkan jenayah pembunuhan yang menjadi-jadi, setelah pembunuh yang sah membunuh bebas setelah mahkamah membebaskan dengan pendakwaan dikatakan gagal menampilkan bukti.

Ini membuatkan keadaan tidak lagi selamat, katanya.

Sementara itu beliau juga membuat kenyataan sinis memperli Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin yang disifatkan sebagai seorang yang ditaktor.

Kenyataan itu dibuat setelah seorang hadirin bertanya, benarkah ada persamaan yang dibuat oleh seorang penulis akhbar berbahasa Inggeris bahawa sikap Dr Mahathir sama dengan Khairy.

Image"Saya dulu dituduh sebagai diktator dan macam-macam lagi, jadi kalau nak samakan Khairy dengan saya, ialah, tetapi saya bukan diktakor kerana saya dalam membuat keputusan boleh mengubah semula keputusan setelah ada orang yang menasihati saya,"katanya sinis.

Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir itu Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, yang hadir sama dalam majlis berkenaan, berkata, kenyataan Dr Mahathir itu adalah signal kepada rakyat supaya tidak lagi memberi undi yang banyak kepada Umno/BN.
KebangkitanRakya t

Kerteh, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#3
Aug 28, 2007
 
Ujar Mahfuz, mandat yang besar yang diberi kepada Umno/BN hanya akan membuatkan kerajaan yang ditadbir parti itu meneruskan kesalahan demi kesalahan tanpa sebarang proses 'check and balance' yang berkesan.

Kenyataan Dr Mahathir itu sekali gus mengajak rakyat menolak kepimpinan negara yang ada hari ini yang diselubungi rasuah dan salah guna kuasa.

Justeru, beliau menyeru rakyat terutamanya orang Melayu terpanggil dengan seruan Dr Mahathir supaya menolak kepimpinan negara yang cukup bermasalah hari ini.

Dalam program yang sama, seorang pensyarah Universiti Malaya, Professor Rustam yang mengajukan pandangan dan soalan kepada Dr Mahathir menyebut, Umno tidak boleh diharapkan lagi menjadi parti yang boleh membawa kepada perubahan.

Baginya, untuk mengharapkan Umno mengubah masalah yang ada hari ini 'jalannya sudah tertutup'.

Justeru, Rustam merayu Dr Mahathir memimpin gerakan rakyat untuk mempertahankan negara dari terus dirosakkan pemimpin yang ada hari ini.

Dalam pada itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang turut hadir sama pula menyifatkan bahawa kenyataan Dr Mahathir jelas membuka ruang kepada rakyat supaya menilai semula kepimpinan negara yang ada hari ini.

Katanya dengan segala kelemahan dan kebobrokan pentadbiran yang dikuasai anak menantu Perdana Menteri, beliau mahu rakyat bersatu menolak kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga menghulur tangan kepada Dr Mahathir atas nama Pemuda PAS untuk memberi kerjasama dalam mempertahankan hak agama, bangsa dan negara yang kini telah dirosakkan oleh kepimpinan negara yang ada hari ini.
DARKNESS

Shah Alam, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#4
Aug 28, 2007
 
AHHH..KO MASA DIA JADI PM KO KUTUK DIA....BILA PAK LAH MEMRINTAH ...KO GUNAKAN NAMA DIA UNTUK KUTUK PAK LAH......SENANG MACAM NI LAH...KO JE LAH JADI PM OK KA.....
KebangkitanRakya t

Kerteh, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#5
Aug 28, 2007
 
itu kata2 tun,,, bukan fitnah,,,,,, tun bgitau,, hakikatnya skrg,,,,,,, dia ngaku kelemahan dia, dia ngaku keburukan dia, tapi,,,, dia xstuju cra badawi memerintah,,,,, truk sgt2,, barang naik 5x dlm setahun, apa cite,,, nak tolong rakyat or nak miskinkn rakyat,,,,, nak tgok ka sedara mara kita dup meminta sedekah, coz,, sara diri makin tinggi,,, fikirkan lah jika ada oTak,,,
ahlisukan

Kerteh, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#6
Aug 28, 2007
 
pak lah makan gaji buta. hak rakyat xada. hak pemimpin banyak ada. rakyat ditipu rm200 tutup hati. ekonomi makin teruk.
KebangkitanRakya t

Kerteh, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#7
Aug 28, 2007
 
smga allah mmbuka hti rakyat malaysia tuk memilih pemimpin y beribawa,,,,
punai besar

Batu Gajah, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#8
Aug 28, 2007
 
o..... macam tu ka??? Tapi penat lah baca banyak. banyak ni. Satu lagi nak tanya? ahli sukan dengan kebangkitanrakyat tu orang yang sama ke? kenapa kampong sama??? duduk sekampung ke?
KebangkitanRakya t

Kerteh, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#9
Aug 29, 2007
 
kami spendapat,,,,,
muz

Johor Bahru, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#10
Aug 29, 2007
 
eleh..crita lama lagi..benda ni kluar sejak zaman tengku Abd Rahman lagi..selak2lah buku sejarah bro..time nak spai pilihanraya je..smua crita cam ni sampailah..semua nak jadi pembela...semua kata org melayu takde otak..org melayu miskin..org kg bodoh...TETAPI...kita org melayu dah mual dgn crita sebegini.
Dulu mahathir tu kata PAS asyik berceramah je..kerja tak mau..pas tu claim duit minyak beribu..la ni dia pulak...camtulah..semua ni Allah nak tunjukkan segala kesilapan yg pernah dia buat dan ckp dulu..sblm dia jiun.. klu korang yg membaca ni bertemu dgn Tun tu...nasihatkanlah dia...udah-udahlah tu..jgn jadi kambing hitamlah..pegilah mana2 sementara masih ada duit or duduk ajelah kat umah tu.Sifat manusia...memang tak puas dgn segala apa yg berlaku. Zaman dia tlh berlalu..

Wa tabik dgn bakal2 pemimpin yg mempunyai idea2 baru ,berwibawa membangun and bernas. tak kiralah dari parti apapun. Pendekatan pemimpin DAP dalam forum perdana biasanya lbh bersopan drpd pemimpin BN dan cuba untuk memikat pemerhati.Berhati-hati dgn pendekatan mereka ini.
KebangkitanRakya t

Kerteh, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#11
Aug 30, 2007
 
erm,,
malingsialan

Selangor, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#13
Nov 15, 2007
 
ehem...... hem
Austin Power Root

Shah Alam, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#14
Nov 15, 2007
 
Best kan?
lapar

Kuala Lumpur, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#15
Nov 15, 2007
 
hmmmm.. sekadar pendapat peribadi aja.. kita pernah hidup dalam pemerintahan mahathir dan sekarang pak lah... walaupun tun bukan pemimpin yg sempurna. tapi saya rasa hidup kita lebih mudah dan selesa dibawah pimpinan tun.. tapi bawah paklah... aduhhhhh sampai nak isi minyak motor pun dah jadi antara perkara peting utk di fikir... dah la susah nak cari duit.. dah dapat duit plak tak boleh nak belanja.. semua mahal... mana silapnya???? kalau tak boleh baik dari tun.. sekurang2 nya maintainkanlah. dahla masuk cuci kaki... upssss.. isa nie kang.. cau dulu laa...
sekadar rintihan hati
Kawan

Kuala Lumpur, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#16
Nov 15, 2007
 
Memang sangat berbeza semasa Era Tun Mahathir & zaman Pak Lah sekarang ni. Ini baru sekejap belum lama lagi dia memerintah.
Saya sangat takut negara akan menghadapi masa depan yang kelam selama berada dibawah pemerintahanya.
Walaubagaimanapun, saya tak yakin dengan parti pembangkang. Saya rasa ramai lagi rakyat Malaysia yang di dalam dilema seperti saya ini. Sudah hilang kepercayaan terhadap UMNO tetapi tidak mahu menyokong pembangkang.
LOLOK

Kuala Lumpur, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#17
Nov 15, 2007
 
SUSAH2 SURUH LAH MAT SABU TU JADI PM....DIA DAH LAMA BERANGAN NK JADI PM HAHAHHEEU HANCURLAH MALAYSIA....
LOLOK

Kuala Lumpur, Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#18
Nov 15, 2007
 
DULU MAHATHIR JADI PM SEMUA TK SUKA MAHA FIRAUN LA...KUTUK DIA MCM2...TK PAHAM LA AKU KORANG NI NAK YG PERFECT...SUSAH BKN SENANG...MESTI ADA KELEMAHAN..JUGA INGAT SENANG KE JADI PM

“HiduP IbaRat LiLin cEria sLalu”

Joined: May 21, 2007

Comments: 3486

TerEnGgAnu kiTe

ISP: Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#20
Nov 15, 2007
 
Kawan wrote:
Memang sangat berbeza semasa Era Tun Mahathir & zaman Pak Lah sekarang ni. Ini baru sekejap belum lama lagi dia memerintah.
Saya sangat takut negara akan menghadapi masa depan yang kelam selama berada dibawah pemerintahanya.
Walaubagaimanapun, saya tak yakin dengan parti pembangkang. Saya rasa ramai lagi rakyat Malaysia yang di dalam dilema seperti saya ini. Sudah hilang kepercayaan terhadap UMNO tetapi tidak mahu menyokong pembangkang.
jgn sokong hanya kebendaan, sokonglah demi islam n ingin memertabatkan islam,, bukan hadhari,,:)
berukMALON

Dortmund, Germany

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#21
Nov 15, 2007
 
PENGAKU SEBANGSA, PENGAKU SERUMPU

RAKYAT MALAYSIA DIJAJAH OLEH MALON !

HATI2 PADAH M A L I N G !

“HiduP IbaRat LiLin cEria sLalu”

Joined: May 21, 2007

Comments: 3486

TerEnGgAnu kiTe

ISP: Malaysia

|
Report Abuse
|
Judge it!
|
#22
Nov 18, 2007
 
insyallah, dgn terbuka nya kejahatan UMNO, terus bangkit kekuatan rakYat :)
Would you like us to alert you when someone adds a comment?
(registration is not required)
Showing posts 1 - 20 of67
< prev page
|
Go to last post| Jump to page:
Type in your comments to post to the forum
Name
(appears on your post)
Comments
Type the numbers you see in the image on the right:

Please note by clicking on "Post Comment" you acknowledge that you have read the Terms of Service and the comment you are posting is in compliance with such terms. Be polite. Inappropriate posts may be removed by the moderator. Send us your feedback.

Other Recent Brunei Discussions

Search the Brunei Forum:
Topic Updated Last By Comments
Noradz nak tutup...???? (Oct '08) 9 min koko 1639
hana sheem-jahng 20 min gEnKib0-i 4024
Ceramic Business Focus Berhad 31 min orgpas 3529
program kutu terhebat tahun 2009 49 min KAK yati 596
:::..GuBaHaN PuiSi..::: 52 min Jimmy Learns... 835
metro:AYAT CINTA MAT AFRICA(gadis melayu mudah ... 54 min suzie 37
www.svr2u.com 54 min Lanun 726

Daily Horoscope for November 27

Taurus

If you wake up early this morning after a strange sexual dream, don't worry. It's just Pluto digging deep into your psyche and it doesn't mean you are perverted. Dreams about sex are almost always about something other than the carnal desires; the language of the sleeping mind is almost entirely symbolic. You are normal, so carry on in good faith.

Get your Horoscope »