|
Tauke Hai-O
Malaysia
|
Adalah Di Maklumkan Kpd Orangramai Agar Tdk Terpedaya Dgn Sekumpulan Pemimpin2 Hai-O Yg Di Kenali Dgn 'Team 369' Yg Kini Di Dapati Mempengaruhi Orgramai Utk Menyertai Sykt Hai-O Marketing Dgn Sistem Front Loading @ Beli Pangkat Dgn Melaburkan RM21,000. Biasanya Yg Jd Mangsa Adalah Kakitangan Kerajaan Krn Mrk Akan Mempengaruhi Supaya Membuat Loan Dgn Pihak Bank RM23,000 Dimana RM21,000 Akan Di Laburkan Samada Membeli 10 Set Pakaian Dalam Wanita Beautiful Atau 10 Unit Penapis Air..Baki RM2000 Tu Adalah Utk Kegunaan Peribadi. Mangsa Td Perlu Pula Utk Mencari Mangsa Lain Utk Melaburkan Jg RM21,000 Sbb Kalau Tdk Mangsa 1 Td Kena Membayar RM300 Sebln Kpd Pihak Bank Selama 10 Tahun Utk Melunaskan Hutang Tersebut. Dlm 'Team 369' Ni Mrk Ada Kaki Yg Ada Kabel Dgn Pihak Bank Yg Blh Meluluskan Pinjaman Tersebut.. Ramai Yg Khabarnya Tlh Menjadi Mangsa. Hrp Pihak Berwajib @ KDNHEP Mengambil Berat Isu Ini Krn Ternyata Ianya Menyalahi AJL 1993. Yg Sedihnya Pemimpin2 'Team 369' Ini Adalah Terdiri Drp Crown Diamond Manager Yg Berbangsa Melayu & Mangsanya Jg Adalah Terdiri Dari Org2 Melayu Jg. Sebarkan Sebarkan Sebarkan Sebarkan Sebarkan
|
|
info
Kuantan, Malaysia
|
aku pun dh tau pasal sistem front loading yg d amalkan oleh pemimpin2 CDM Hai-O ni yg gah d kenali dgn nama 369 ni. kesian dgn k/tangan2 k'jaan yg d janjikan bulan bintang oleh CDM2 brengsek ni. dlm meeting2 yg d anjurkan, mrk bknnya citer ttg prdk apatah lg jual ttpi mrk menceritakan ttg plan pemasaran front loading yg tak payah jual prdk ttpi beli pangkat dgn bemodalkan loan bank RM21,000 tuh. ini semuanya adalah manipulasi plan pemasaran yg d lakukan oleh CDM2 tersebut. semuanya adalah utk kepentingan peribadi pemimpin2 brengsek tersebut.
|
|
info
Kuantan, Malaysia
|
Judged:
2
1
sistem front loading ini jg yg d gunakan oleh leader2 Luxor serta Lamp Berger. berhati2lah
|
|
Pelabur Tegar
Kuala Lumpur, Malaysia
|
Aku pun penah di ajak oleh member aku. Siap dia ckp dah resign keje.Nasib baik aku jenis yang tak suka cari org. Aku suka plan 4D
|
|
anak_mlk
Masjid Tanah, Malaysia
|
aku pun pernah didatangi org yg buat hai-o ni tp aku tak berminat. bukan apa modalnya byk sgt sampai rm21000. aku tak heran klau dpt berjuta2 tapi org kat bawah maki hamun kita. JAUHILAH
|
|
jemari21
Malaysia
|
aku pun ada di ajak oleh kwn utk menyertai skim pelaburan RM21K Company Hai-O Marketing ni. tp sbb aku bkn kakitangan kerajaan @ tak blh buat loan bank serta tiada modal RM21K tu, maka kawan aku tu tangkap lopong ler sbb tak dpt mempengaruhi aku.
gila betul dia org ni sbb sanggup penaya kwn2.
|
|
aduhai
Kuantan, Malaysia
|
Judged:
1
HAI O NI SEMEMANGNYA MERUPAKAN SALAH SATU SYT MLM YANG SAH DISISI UNDANG-UNDANG. SYT INI DAH WUJUD BERPULUH TAHUN TAPI BERNIAGA TRADING.MLM NI HANYA BERGERAK TAK LEBIH DARI 5 TAHUN YANG LALU DAN TAUKEH CINA NYA TELAH MENGEMBANGKAN RANGKAIAN MLM NYA MELALUI GOLONGAN MELAYU. HAMPIR 90% RANGKAIAN PENGEDARNYA TERDIRI DARI ORANG MELAYU. BAGI YANG BERJAYA MAKA DAPATLAH MELANCONG UMRAH KE TABUNG KERETA KE DEAN SEMESTINYA BONUS-BONUS MLM TU.
DALAM BISNESS MLM TULEN SEBENARNYA KAEDAHNYA MUDAH. KITA MENGGUNAKAN PRODUK SYT DAN SETELAH ITU KITA MENGSYORKAN KEPADA SAUDARA SERTA KENALAN ATAU SESIAPA SAJA PROSPEK YANG DIKENALI.JIKA MEREKA BERMINAT MAKA KITA JUAL PRODUK TERSEBUT. MAKA DAPATLAH KEUNTUNGAN RUNCIT. KITA JUGA MEMBUAT PENAJAAN UNTUK MENGEMBANGKAN RANGKIAN KUMPULAN KITA.LEBIH RAMAI DALAM KUMPULAN MAKA LEBIH BANYAK JUALAN SERTA LEBIH BANYAK BONUS.
MALANGNYA DALAM HAI O INI SAMA ADA DENGAN PENGLIBATAN TAUKEH HAI O SENDIRI SERTA DENGAN PENGEDAR=PENGEDAR KUMPULAN ATASAN TELAH MEWUJUDKAN SATU KAEDAH JALAN PINTAS MENUJU KEJAYAAN DENGAN MENCIPTA SATU PLAN PEMASARAN YANG MANA BOLEH ATAU TELAH MENANYAIYA PEGEDAR BARU KERANA TERPAKSA MELABUR JUMLAH WANG YANG AMAT BESAR SEHINGGA RM21000.JIKA TIDA WANG MAKA KUMPULAN ATASAN AKAN CUBA MEYOKONG PINJAMAN PERIBADI.SETELAH LULUS PINJAMAN DENGAN KERJASAMA PIHAK SYT DAN BANK WANG TERSEBUT DIMASUKKAN KEDALAM AKAUN HAI O.PENGEDAR BARU INI PULA HANYA DIBERI PRODUK SYT SEPERTI MESIN PENAPIS AIR BERJUMLAH 10 UNIT. UNTUK BUAT SERONOK CERITA MAKA PENGEDAR BARU DIBERI BONUS SEBANYAK RM4500.ITU YANG MENBUAT RAMAI TERPEDAYA.YANG BAB TAK SERONOKNYA APA NAK BUAT DENGAN 10 UNIT PENAPIS AIR TU.TERPAKSALAH KENA JUAL.ANEHNYA HARGA BELI 10 UNIT RM20,800 MAKA SEUNIT RM2080. HARGA KENA JUAL PADA ORANG SERUPA JUGA RM2080. SECARA LOGIKNYA SEBENARNYA HARGA 10 UNIT TERSEBUT IALAH RM20800 - RM4500=RM16300 ATAU SETIAP SATU KOSNYA RM1630.JADI SEBENARNYA RM4500 ITU HANYALAH UNTUNG RUNCIT.KALAU NAK DAPAT SEMULA MODAL RM20800 TU KENALAH JUAL KESEMUA 10 MESIN PENAPIS AIR TU.KALAU TIDAK TANGGUNG AJELAH HUTANG RM16300 TU. MAKA ADALAH YANG JUAL PADA PELANGGAN BARU BAYAR ANSURAN RM100 SEBULAN.INI MACAM 2 1/2 PUN TAK DAPAT BALIK MODAL.DAHLAH TU KENA BAYAR HUTANG ANSURAN BANK PULA. SYT HAI O TAK TANGGUNG HUTANG APA.DIA JUAL CASH. PENAJA ANDA DAH DAPAT BONUS DIA. ANDA PULA TERKAPAI-KAPAI TANGGUNG HUTANG. TAK KE ANYAIYA NAMANYA. YANG LEBIH SEDIH TU MESIN PENAPIS AIR TU SAMA AJE YANG DIJUAL KAT KEDAI JUAL MESIN PENAPIS AIR.SISTEMNYALAH LA NI SEMUA PESEN 6 KEBUK TU. INI DAH KETINGGALAN ERA DAH.HARGA DI LUAR TAK SAMPAI PUN RM1000.BUKANNYA HAI O KILANGKAN SENDIRI PUN.BORONG DARI SYT PENGELUAR DAN TARU LABEL BIO AURA KEMUDIAN DUDUK CERITA AJAIB PUNYA PRODUK.ORANG SAKIT MINUM PUN BOLEH SEMBUH.
|
|
aduhai
Kuantan, Malaysia
|
Judged:
2
1
SAMBUNGAN
SISTEM AIR YANG BAGUS SEPATUTNYA KENALAH ADA BUKTI DAN FAKTA SOKONGAN YANG SEPERTI SYT DAKWA. BUKANNYA CAKAP TESTIMONI ORANG PAKAI. KALAU DAKWA BOLEH TAPIS BAHAN CEMAR BAWWAN AIR TUNJUKKAN BUKTINYA.ADA SIJIL NSF 42 DAN 53 KE. KALAU DAKWA BOLEH BASMI BAKTERIA DAN VIRUS BAWAAN AIR ADA BUKTI KE. ADA NSF 55 KE. DIMANA KILANG PENGELUARNYA. MANA PARA SAINTIS YANG MENGKAJI KEBERKESANANNYA.TUNJUKKAN BUKTI-BUKTINYA.
INI TIDAK.BARANG ASAL USUL PUN TAK TAU.PENAPISNYA BERKESAN PUN TAK PASTI.TAPI DOK KEMPEN MACAMLAH IANYA PRODUK AJAIB. KENALAH ORANG MELAYU KITA KENA TIPU DEK ORANG MELAYU YANG BUAT TOKEY CINA TU LAGI KAYA RAYA.
SEPATUTNYA CARA YANG BETUL BUAT MLM BELI 1 SAJA. KEMUDIAN SYORKAN PADA PROSPEK.KALAU MINAT BARU BELI 1 LAGI DAN JUAL.BILA JUAL DAPATLAH PV DAN BONUSNYA.BANYAK SIKIT BERGANTUNG PADA BERAPA BANYAK DIJUAL.TETAPI KITA MEMBELI BILA DAH CONFIRM DAPAT PEMBELI. ITU CARA SEBENAR. BUKANNYA PINJAM BANK BELI STOK KEMUDIAN BARU CARI ORANG BELI.INI CARA NAK KAYAKAN UPLINE DAN TOKEY.KALAU DIA BERI HUTANG TAK PALAH. INI KENA BYAR CASH.SECARA TAK LANGSUNG KENALAH JADI MACAM HAMBA KENA KELUAR SIANG MALAM NAK JUAL MESIN PENAPIS SEBAB NAK COVER HUTANG.BUKAN KE ANYAIYA DIRI NAMANYA.
OLEH ITU TAK USAHLAH TERPEDAYA.KALAU ANDA SUSAH SYT ATAU UPLINE ANDA NAK TOLONG TANGGUNG KE.SORRYLAH.DIA DAH DAPAT HABUAN.YOUR PROBLEM YOU SETTLELAH.
|
|
|
aku hensem
Kuala Lumpur, Malaysia
|
bro aku nak tahu produk penapis air jenama apa yg ada SIJIL NSF 42 DAN 53 ? siapa keluarkan sijil tu? aku nak tahu dan ingin beli kalau mampu? tq
|
|
Nak Tanya
Kuala Lumpur, Malaysia
|
Penapis Elken ada Sijil NSF 45 & 53 tak???
|
|
aduhai
Tanah Merah, Malaysia
|
aku hensem wrote: bro aku nak tahu produk penapis air jenama apa yg ada SIJIL NSF 42 DAN 53 ? siapa keluarkan sijil tu? aku nak tahu dan ingin beli kalau mampu? tq satu satu sistem rawatan air yang telah diuji dan disahkan oleh NSF yang PALING dapat mengurangkan bahan cemar yang paling menjejaskan kesihatan jika dibandingkan dengan semua sistem penapis air yang menggunakan karbon dan ultra unggu yang berupaya mengurangkann mikroorganisme (bakteria sista dan virus) sehingga 99.99% ialah eSpring keluaran Amway.layari Amway2u dan www.NSF.com untuk keterangan lanjut. jika ingin memiliki yang terbaik dipasaran eSpring lah produknya.
|
|
aduhai
Tanah Merah, Malaysia
|
Nak Tanya wrote: Penapis Elken ada Sijil NSF 45 & 53 tak??? KEBANYAKAN SISTEM PENAPIS AIR YANG TERJUAL DAPASARAN YANG MENGGUNAKAN 6 KEBUK ATAU TABUNG INI AGAK KETINGGALAN DARI SEGI TEKNOLOGI NYA. PADA MASA YANG SAMA PRODUK-PRODUK INI TIDAK DAPAT MEMBERI FAKTA DAN BUKTI YANG MEYAKINKAN TENTANG KEBERKESANAN DAKWAAN YANG DIBUAT.DIMANA DAN BAGAIMANA PRODUK DIKELUARKAN PUN KURANG MAKLUMAT. KAJIAN SERTA UJIAN TENTANG KEBERKESANAN PUN TIADA INFORMASI. YANG ADA CUMA TESTIMONI PENGGUNA SAJA. BERKENAAN DENGAN SISTEM YANG ANDA TANYAKAN SISTEM TERSEBUT BERASASKAN OMOSIS SONGSANG YANG DIDAKWA DAPAT MENAPIS SEGALA-GALANYA DAN MENGHASILKAN AIR TULEN KOSONG TANPA MINERAL YANG DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN MANUSIA. MEREKA DAKWA IANYA BAGUS KERANA IANYA BERSIH DAN TULEN.MINERAL PULA BOLEH KITA DAPATI DARI MAKANAN. PERSOALANNYA JIKA AIR ITU SENDIRI DAPAT MENGHASILKANNYA MENGAPA KITA PERLU MENDAPATKAN DARI SUMBER LAIN. CONTOH SENERIO NYA KITA PERLU MEMINUM 9 GELAS SEHARI AIR KOSONG. JIKA KITA MINUM SEGELAS AIR TERSEBUT MAKA KITA MAKAN SEBIJI PISANG UNTUK DAPAT ZAT MINERAL. MAKA 1 HARI KITA KENA BAWA SEIKAT PISANG KEMANA-MANA UNTUK DAPAT ZAT MINERAL. WALHAL DALAM SISTEM RAWATAN AIR MINERAL ZAT ITU TELAH ADA DALAM AIR YANG DIMINUM. CUBA FIKIRKAN .DIMANA-MANA DIPASARAN TERDAPAT 2 JENIS AIR YANG DIJUAL SECARA BOTOL IAITU AIR MINUMAN DAN AIR MINERAL. TUDUNG PUTIH AIR MINUMAN DAN TUDUNG BIRU ADALAH AIR MINERAL. MENGAPA AIR YANG BERTUDUNG BIRU SEKALI GANDA LEBIH MAHAL DARI AIR YANG BERTUDUNG PUTIH. ANDA SEBENARNYA BOLEH MELAYARI LAMAN ELKEN UNTUK MENDAPAT INFORMASI TETAPI RASANYA MAKLUMAT TENTANG PRODUKNYA KURANG MEYAKINKAN.ASAL USUL PRODUKNYA PUN TAK JELAS.HASIL KAJIAN KEBERKESANANNYA TIADA BUKTI SOKONGAN DARI PIHAK KETIGA.BERBALIK TENTANG SOAL SIJIL ITU 42 MUNGKIN ADA YANG LAIN TU TAK PASTI.
|
|
Anonymous
Kuala Lumpur, Malaysia
|
Judged:
2
1
Tapi tengok org yg join ni tak pernah pulak komplen kata kena tipu ke ape ke.. member aku pun kuar je keter Mercedes, gi Gold Coast melancong. Lagi satu, 369 ni guna produk Premium Beautiful tu je, tak guna Bio Aura. Amik 10 set tu baru RM21,138.60. Tapi dapat 2 free lagi. 1 set = RM2400, so kalau total 12 set = RM28 800. Tambah pulak bonus first month tu RM3000. Campur2 semua dah RM31 800. Compare RM21, 138.60 ngan RM31,800. Untung dekat RM10,000 tu.
|
|
aduhai
Kuantan, Malaysia
|
Judged:
2
Anonymous wrote: Tapi tengok org yg join ni tak pernah pulak komplen kata kena tipu ke ape ke.. member aku pun kuar je keter Mercedes, gi Gold Coast melancong. Lagi satu, 369 ni guna produk Premium Beautiful tu je, tak guna Bio Aura. Amik 10 set tu baru RM21,138.60. Tapi dapat 2 free lagi. 1 set = RM2400, so kalau total 12 set = RM28 800. Tambah pulak bonus first month tu RM3000. Campur2 semua dah RM31 800. Compare RM21, 138.60 ngan RM31,800. Untung dekat RM10,000 tu. keluar kereta mecedez tu bayar cash ke atau kena bayar ansur-ansur dari bonus. kalau gitu jadi macam hamba tebuslah. kena kerja kuat berterusan. kalau tak terus silap kereta kena tarik tak bayar bank declare bangkrap. nak kata kaedah untung cara teorinya bolehlah.tapi kenalah jual kesemua 12 set produk tersebut dahulu baru boleh cerita untung. mlm cara betul sepatutnya dapatkan permintaan terhadap produk tu dulu barulah beli dari hai o. ini beli borong dulu baru fikir nak cari pelanggan. kalau tak jalan modal dah lebur barang pakai sendiri ajelah. buat mlm ni kalau ikut cara betul memangnya berbalaoi. tapi kalau cara tak betul itu yang buat ramai teranyaiya.
|
|
aduhai tauke hai-o
Shah Alam, Malaysia
|
Judged:
2
Sedih sekali saya tgk ulasan2 kat sini... sudahkah anda dengar sendiri penjelasan dari orang yang berjaya?ataupun sekadar membuat ulasan sendiri berdasarkan orang2 yang gagal?Fikirkanlah...tidak ada benda yang mudah dan senang didunia ini..sumenya perlukan usaha..Kalo anda nak berjaya ikutlah org berjaya, kalo anda nak kegagalan tirulah org yg gagal.. bukti dah ramai..Kalo anda berkawan dengan si penjual minyak wangi..maka dapatlah bau wangi..kalo anda berkawan dengan si tukang besi..dapatlah percikan api...fikir2kan laah..saudara.
|
|
aduhai tauke hai-o
Shah Alam, Malaysia
|
Judged:
1
1
aduhai wrote: <quoted text> keluar kereta mecedez tu bayar cash ke atau kena bayar ansur-ansur dari bonus. kalau gitu jadi macam hamba tebuslah. kena kerja kuat berterusan. kalau tak terus silap kereta kena tarik tak bayar bank declare bangkrap. nak kata kaedah untung cara teorinya bolehlah.tapi kenalah jual kesemua 12 set produk tersebut dahulu baru boleh cerita untung. mlm cara betul sepatutnya dapatkan permintaan terhadap produk tu dulu barulah beli dari hai o. ini beli borong dulu baru fikir nak cari pelanggan. kalau tak jalan modal dah lebur barang pakai sendiri ajelah. buat mlm ni kalau ikut cara betul memangnya berbalaoi. tapi kalau cara tak betul itu yang buat ramai teranyaiya. Aku setuju dengan pernyataan terakhir dia ni "buat mlm ni kalau ikut cara betul memangnya berbalaoi. tapi kalau cara tak betul itu yang buat ramai teranyaiya". Kalo kita berniaga pisang goreng...kita kena cerita dekat org dulu kita jual pisang...pastu kalo orang nak..esok baru kita cari pisang,cari kuali,cari minyak,cari tong gas..pastu kita goreng pisang....pastu kita carik balik org yg nak beli pisang tadi....mane yee dia pegi..?.orang ni dah taknak makan pisang laaa.. kita lama sangat dan lambat... aku pun tak suke kalo order makanan pastu tokei dia baru nak cari bahan.buang masa dan sakit ati aku.last2 aku g makan kat lain. adakah awak pun sama?
|
|
Anonymous
Shah Alam, Malaysia
|
Memang la kereta bayar ansur2.. kau beli kereta cash ke? kereta ape pun kalau dah nama bayar ansur2, tak bayar ansuran kena tarik kereta.. mlm cara betul? sape yg kata itu cara betul? habis tu orang yg bukak kedai runcit amik barang dulu baru cari pelanggan tu salah la? kalau camtu susah la orang nak bukak kedai, kena ada pelanggan dulu baru nak bukak kedai..hahahaha..
|
|
aduhai tauke hai-o
Shah Alam, Malaysia
|
Judged:
1
1
Anonymous wrote: Memang la kereta bayar ansur2.. kau beli kereta cash ke? kereta ape pun kalau dah nama bayar ansur2, tak bayar ansuran kena tarik kereta.. mlm cara betul? sape yg kata itu cara betul? habis tu orang yg bukak kedai runcit amik barang dulu baru cari pelanggan tu salah la? kalau camtu susah la orang nak bukak kedai, kena ada pelanggan dulu baru nak bukak kedai..hahahaha.. Seronok la pernyataan ko ni... aku setuju sangat... patut la org kita ni susah nak berniaga.. rupanya nak cari pembeli dulu baru nak bukak kedai. hahaha
|
|
aduhai tauke hai-o
Shah Alam, Malaysia
|
Tauke Hai-O wrote: Adalah Di Maklumkan Kpd Orangramai Agar Tdk Terpedaya Dgn Sekumpulan Pemimpin2 Hai-O Yg Di Kenali Dgn 'Team 369' Yg Kini Di Dapati Mempengaruhi Orgramai Utk Menyertai Sykt Hai-O Marketing Dgn Sistem Front Loading @ Beli Pangkat Dgn Melaburkan RM21,000. Biasanya Yg Jd Mangsa Adalah Kakitangan Kerajaan Krn Mrk Akan Mempengaruhi Supaya Membuat Loan Dgn Pihak Bank RM23,000 Dimana RM21,000 Akan Di Laburkan Samada Membeli 10 Set Pakaian Dalam Wanita Beautiful Atau 10 Unit Penapis Air..Baki RM2000 Tu Adalah Utk Kegunaan Peribadi. Mangsa Td Perlu Pula Utk Mencari Mangsa Lain Utk Melaburkan Jg RM21,000 Sbb Kalau Tdk Mangsa 1 Td Kena Membayar RM300 Sebln Kpd Pihak Bank Selama 10 Tahun Utk Melunaskan Hutang Tersebut. Dlm 'Team 369' Ni Mrk Ada Kaki Yg Ada Kabel Dgn Pihak Bank Yg Blh Meluluskan Pinjaman Tersebut.. Ramai Yg Khabarnya Tlh Menjadi Mangsa. Hrp Pihak Berwajib @ KDNHEP Mengambil Berat Isu Ini Krn Ternyata Ianya Menyalahi AJL 1993. Yg Sedihnya Pemimpin2 'Team 369' Ini Adalah Terdiri Drp Crown Diamond Manager Yg Berbangsa Melayu & Mangsanya Jg Adalah Terdiri Dari Org2 Melayu Jg. Sebarkan Sebarkan Sebarkan Sebarkan Sebarkan Patutnya Orang macam ni kita kena jadikan model jutawan berjaya...orang yg banyak tolong sedarkan orang melayu..terima kasih... Tapi kan kesian dekat bank yang bagi pinjaman tu...sampai terpaksa bagi warning dekat usahawan hai-o sebab bayar loan 23000 tak sampai setahun..bank marah sebab mereka tak untung sgt.majoriti ikat loan 10 tahun..tapi suma nak bayar tak samapi setahun.. bank tu kena tanya dengan bank negara sebab ada sorang ni bayar dalam masa 2 bulan 23000...ish3 sian ye bank tu. orang tu melayu tau...yang buat hai-o ni laa. kesian bank jadi mangsa tolong bayarkan kita buat bisnes..
|
|
aduhai
Kuantan, Malaysia
|
aduhai tauke hai-o wrote: Sedih sekali saya tgk ulasan2 kat sini... sudahkah anda dengar sendiri penjelasan dari orang yang berjaya?ataupun sekadar membuat ulasan sendiri berdasarkan orang2 yang gagal?Fikirkanlah...tidak ada benda yang mudah dan senang didunia ini..sumenya perlukan usaha..Kalo anda nak berjaya ikutlah org berjaya, kalo anda nak kegagalan tirulah org yg gagal.. bukti dah ramai..Kalo anda berkawan dengan si penjual minyak wangi..maka dapatlah bau wangi..kalo anda berkawan dengan si tukang besi..dapatlah percikan api...fikir2kan laah..saudara. dalam bisness mlm cara yang betul ialah cara yang mudah dan boleh diduplikasikan oleh orang lain.mengikut cara anda adakah ianya mampu diikuti oleh orang lain. usahawan yang berjaya dlm mlm ada lah yang dapat membina ramai rangkaian pengedar bawahannya yang melakukan usaha yang sama menurut kaedah yang sama iaitu cerita perkara yang sama dan lakukan perkara yang sama.semua pengedar ada peluang yang sama untuk berjaya. kejayyan adalah ditentukan oleh usaha gigih yang berterusan tanpa mengalah dan kesedian menghadapi cabaran dan rintangan.sememangnya untuk berjaya kita cuma perlu mengikut tapak langkah orang yang berjaya. dari segi teorinya begitulah. dari segi realitinya adakah cara jalan pintas ini iaitu keluar modal sampai rm21000 ni boleh diikuti oleh rangkaian pengedar bawahan.siap tolong arrange pinjaman lagi.perluke nak beli sampai 10. beli 1 atau 2 buat demo set tak boleh ke .lepas promote orang ndak jual dan beli yang lain pula. yang banyak didengar sekarang bila dah labur rm21000 kemudian 10 set tu tak dapat dijual sepenuhnya.ada pula yang jual bagi skim bayar ansur rm100 sebulan.lucu pula jadinya.beli tunai jual hutang pula.syt dan upline ada kesah ke. syt untung terus upline dapat share dia terus pengedar pula kena tunggu jual semua baru dapat kira sifir untungnya.teorinya cantik.realitinya lain pula jadinya.pegedar yang dibuaikan dengan kereta dan bonus serta melancung tu akhir merana diri. itulah sebab buat mlm itu bagus tetapi cara nya pun kenalah menurut cara yang betul . caranya mudah lakukan 3 S selling sponsoring dan servicing iaitu jual menaja dan memberi khidmat.lakukan tindakan ini secara berterusan dan anda pun boleh berjaya.
|
|
|