|
epin
Yuki, Japan
|
Hukum Membotakkan Kepala Bagi Wanita MUSLIM Message: Hukum Membotakkan Kepala bagi kaum Wanita .
1. Dari Ibnu Abbas Rhma berkata :
Rasulullah saw. telah melarang perempuan mencukur ( membotakkan ) kepalanya .
Dikeluarkan oleh An Nasaa'I Kitabuz Ziinah , bab Larangan Perempuan mencukur kepalanya
2. Abi Musa Al Asya'ri Rha. Berkata :
Rasulullah saw. berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah .
Dikeluarkan oleh Imam Bukhari
Ulasan :
Membotakkan kepala bagi wanita dalam keadaan mereka menerima musibah dilarangkan oleh Rasulullah saw. sehingga baginda melafazkan bahawa baginda akan berlepas diri darinya , inikan pula membotakkan kepala dalam keadaan aman tanpa sebarang musibah .Pastinya ia lebih dimurkai oleh Nabi saw.
3. Dari Ibnu Abbas Rhma :
Rasulullah saw. telah bersabda : dilarang ke atas perempuan bercukur ( membotakkan ) tetapi dibenarkan bagi perempuan memotong sedikit dari rambutnya .
Riwayat Abu Daud di dalam sunannya Bab al Manaasik al Hajj
Walaupun asbab wurud ( sebab datang ) nya hadis ini berkait dengan tahallul dalam ibadah haji , maka jelas hukumnya. Betapa dalam masaalah ibadah seperti tahallul dari ihram haji atau umrah , seorang wanita dilarang mencukurkan kepalanya , inikan pula dalam keadaan di luar ibadah , tentu sahaja terlebih aula dilarang .
Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim jilid keempat jelas menghuraikan persoalan ini .
Maksudnya :
Adapun menggunting rambut dan memendekkannya ( bagi seorang perempuan ) untuk berhias dan kelihatan cantik , maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai kepada had menyerupai kaum lelaki .
Dalam huraian yang menyerupai masaalah di atas , Dr. Wahbah az Zuhaili menambah syaratnya :
Bahawa tidaklah yang sedemikian itu ( merujuk kepada menggunting dan memendek rambut ) dengan tangan lelaki ajnabi ( lelaki bukan mahram sebagai tukang gunting )
Kalau dilihat dalam kitab Fathul Baari , Jilid ke 10 muka surat 375 : lebih jelas membahaskan betapa Allah menghiasi perempuan dengan rambut yang cantik dan unik .
Maka Islam mengharamkan perempuan menyambung rambutnya atau memakai rambut palsu . Pengharaman tersebut kerana merubah anugerah Ilahi . Maka , betapa pula dicukur dan dibotakkan kepala ?
Kalau menyambung rambut hukumnya haram , inikan pula membotakkannya bagi seorang wanita , hukumnya adalah juga tetap haram .
Kerajaan Mesti Peka
Kerajaan digesa agar lebih peka dalam soal yang berkait dengan agama dan hukum . Garis panduan berasaskan syara' mesti dikeluarkan untuk industri perfileman Negara begitu juga untuk industri hiburan agar ianya tidak menyeleweng dari syariat dan merosakkan akhlak serta minda masyarakat.
|
|
tantintun
Kuala Lumpur, Malaysia
|
macam mana nak dijadikan ikutan. Bos kencing berdiri rakyat kencing berlarilah...
|
|
manjalara
Kuala Lumpur, Malaysia
|
betul, setuju sangat, jangan sesekali menghalalkan yang haram itu...
|
|
Bktrokan
Kuala Lumpur, Malaysia
|
as "pengguna" kita jangan ambik peduli...boikot rancangan yang beliau sertai...tukar chanel bila drama ade muka dia...
tapi artis memang camtu...sebab tu takleh agung2 kan any artis...
|
|
miss cantik
Kuantan, Malaysia
|
entah... patutnya kita bt ler sesuatu yang boleh org luar ikut2 jgn kita ikut2 cara org luar kan....
|
|
PeMiNaT No1 siti
Singapore, Singapore
|
gasak dialah nk botak ke..dosa dorang yg tanggung...
|
|
miss cantik
Kuantan, Malaysia
|
gasak dialah nk botak ke..dosa dorang yg tanggung...
tp..bila bala datang semua kena
|
|
PeMiNaT No1 siti
Singapore, Singapore
|
kalo part2 bala nie sume, kerja tuhan....tuhan tk akan bersikap tak adil pade kite...dia jatuhkn kite bala kerna sebab...
|
|
|
however
Petaling Jaya, Malaysia
|
miss cantik wrote: gasak dialah nk botak ke..dosa dorang yg tanggung... tp..bila bala datang semua kena hmm tau xpew.. lgpown mnrut islam,wlaupown dose masing2 tgung,tapi kite sbgai saudara seagame,kne lar tjuk ajr.. dose pekare yg die wat kte x dpt,tp kite dpt dose krne mmbiarkan umat islam iaitu kaum sendiri musnh
|
|
PeMiNaT No1 siti
Singapore, Singapore
|
adakah dgn mengutuk artis itu ia merupakan nasihat?i dun tink so.....mungkin si artis tu sendri da pikir all the consequences beforehand...and i tink,obviously there are ppl who had advised the artis.. but she chose to still botak kn! haha...what cn we do abt it.....
|
|
boboy
Kuching, Malaysia
|
yang aku peliknya mak bapak dia tak ajar ke ajaran dari Rasulullah.Mak dia bukan main aje bertudung tapi anak-anak...Mashaallah..kalau aku jadi mak bapak dia,malu bukan dengan umat aje tapi dengan ALLAH kerana tersalah ajaran.Jangan di HALALkan apa yang HARAM.Keanyataan HARAM itu di perintahkan olih ALLAH dan bukannya dari media ke kementerian ke atau individu apatah lagi dari diri senditi.kalau HARAM TETAP HARAM !
|
|
ustazah
Singapore, Singapore
|
ya..haram tetap haram....tapi drg choose to halalkn...nanti2,babi pun drg halalkn! abisla...kiamat kian datang...
|
|
Pesona Nyonya
Kota Kinabalu, Malaysia
|
Tak semua botak tu TOYOLLLLL.
|
|
“mAKe iT EaSy”
Since: May 07
tUaH ViLLaGe
|
Please wait...
KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI SAYA 019-2203077
|
|
Since: Dec 06
Shah Alam, Malaysia
|
Please wait...
epin wrote: Hukum Membotakkan Kepala Bagi Wanita MUSLIM Message: Hukum Membotakkan Kepala bagi kaum Wanita . 1. Dari Ibnu Abbas Rhma berkata : Rasulullah saw. telah melarang perempuan mencukur ( membotakkan ) kepalanya . Dikeluarkan oleh An Nasaa'I Kitabuz Ziinah , bab Larangan Perempuan mencukur kepalanya 2. Abi Musa Al Asya'ri Rha. Berkata : Rasulullah saw. berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah . Dikeluarkan oleh Imam Bukhari Ulasan : Membotakkan kepala bagi wanita dalam keadaan mereka menerima musibah dilarangkan oleh Rasulullah saw. sehingga baginda melafazkan bahawa baginda akan berlepas diri darinya , inikan pula membotakkan kepala dalam keadaan aman tanpa sebarang musibah .Pastinya ia lebih dimurkai oleh Nabi saw. 3. Dari Ibnu Abbas Rhma : Rasulullah saw. telah bersabda : dilarang ke atas perempuan bercukur ( membotakkan ) tetapi dibenarkan bagi perempuan memotong sedikit dari rambutnya . Riwayat Abu Daud di dalam sunannya Bab al Manaasik al Hajj Walaupun asbab wurud ( sebab datang ) nya hadis ini berkait dengan tahallul dalam ibadah haji , maka jelas hukumnya. Betapa dalam masaalah ibadah seperti tahallul dari ihram haji atau umrah , seorang wanita dilarang mencukurkan kepalanya , inikan pula dalam keadaan di luar ibadah , tentu sahaja terlebih aula dilarang . Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim jilid keempat jelas menghuraikan persoalan ini . Maksudnya : Adapun menggunting rambut dan memendekkannya ( bagi seorang perempuan ) untuk berhias dan kelihatan cantik , maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai kepada had menyerupai kaum lelaki . Dalam huraian yang menyerupai masaalah di atas , Dr. Wahbah az Zuhaili menambah syaratnya : Bahawa tidaklah yang sedemikian itu ( merujuk kepada menggunting dan memendek rambut ) dengan tangan lelaki ajnabi ( lelaki bukan mahram sebagai tukang gunting ) Kalau dilihat dalam kitab Fathul Baari , Jilid ke 10 muka surat 375 : lebih jelas membahaskan betapa Allah menghiasi perempuan dengan rambut yang cantik dan unik . Maka Islam mengharamkan perempuan menyambung rambutnya atau memakai rambut palsu . Pengharaman tersebut kerana merubah anugerah Ilahi . Maka , betapa pula dicukur dan dibotakkan kepala ? Kalau menyambung rambut hukumnya haram , inikan pula membotakkannya bagi seorang wanita , hukumnya adalah juga tetap haram . Kerajaan Mesti Peka Kerajaan digesa agar lebih peka dalam soal yang berkait dengan agama dan hukum . Garis panduan berasaskan syara' mesti dikeluarkan untuk industri perfileman Negara begitu juga untuk industri hiburan agar ianya tidak menyeleweng dari syariat dan merosakkan akhlak serta minda masyarakat. BAGUS LA KO NIH EPIN...BAGUS ARTIKEL YG KO TERJEMAHKAN NIH...JOM JOINT KITORANG KEK FORUM BARU KITORANG....BOLE GAK KITO BERTUKAR2 PANDANGAN DAN BERKONALAN LOBIH RAPAT LAIE...ALAMAT FORUM BARU NIH ADO DI TOPIC FORUM BABYNMUM DAH TUKAR ADDRESS OKEH...??DEN TUNGGU KO DISANO.....NNGGEEEE.....
|
|
Tell me when this thread is updated:
(Registration is not required)
Add to my Tracker
Send me an email
|