Comments
|
Since: Feb 07
|
Mak Mertua vs Menantu Perempuan – Wajarkah Tinggal Sebumbung?
Anda sudah berumah tangga? Bagaimana hubungan anda dengan mertua atau menantu anda? 1. Erat.. 2. Akrab.. 3. Boleh la.. Atau.. 1. Dingin.. 2. Tegang.. 3. Hampeh.. Cuba anda lihat ini pulak.. 1. Bapak Mertua vs Menantu Lelaki = Biasanya ok 2. Bapak Mertua vs Menantu Perempuan = No hal 3. Mak Mertua vs Menantu Lelaki = Pun rasanya ok jugak 4. Mak Mertua vs Menantu Perempuan = Yang ni pun ok gak tapi ada segelintir yang tak ok .. Anda dikategori yang mana? Jika hubungan anda dengan mertua atau menantu anda bagus… Alhamdullillah.. Bagaimana pulak jika sebaliknya?? Apakah yang menyebabkan hubungan dingin ini? Adakah ini faktor-faktornya : 1. Bukan menantu pilihan 2. Perbezaan taraf hidup 3. Perbezaan cara hidup 4. Perbezaan adat dan budaya 5. Perbezaan fahaman politik 6. Masalah ekonomi 7. Anda tinggal sebumbung dengan menantu atau mertua anda Saya ingin membincangkan tentang menantu wanita dan ibu mertua yang tinggal sebumbung. Mereka tinggal sebumbung mungkin kerana : 1. Masalah susah mendapatkan kediaman 2. Ingin menjaga mertua yang sakit 3. Pasangan anda adalah ‘anak emak’ 4. Ingin menjaga mertua yang tinggal sendirian 5. Mak mertua menjaga anak anda 6. Masalah kewangan Apa pun alasannya, saya percaya pada awalnya hubungan mereka memang baik. Sesetengah hubungan ini keruh akibat daripada mereka tinggal bersama di dalam jangka waktu yang lama. Dalam waktu itu akan terbongkar sedikit demi sedikit perangai dan keegoan masing2 dan akhirnya tercetus perang dingin. Faktor – faktor utama yang munyumbang ke arah ini adalah seperti berikut : 1. Mak mertua dan menantu perempuan mempunyai cara tersendiri menguruskan rumah tangga 2. Perbezaan pendapat tentang sesuatu hal 3. Masing – masing teguh dengan pendirian tersendiri 4. Wanita zaman kini yang lebih berani mengutarakan pendapat sendiri 5. Perbezaan di anatara adat, budaya dan cara hidup Ditambah dengan sebab-sebab remeh lain , hal ini menjadi semakin serius, suami si isteri dan anak lelaki si ibu tadi menjadi tersepit di tengah-tengah. Diibaratkan seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, saya menggalakkan agar pasangan yang ingin berkahwin supaya berfikir semasak2nya sebelum membuat keputusan untuk tinggal bersama mertua. Jika keadaan mengizinkan, biarlah anda bersama pasangan anda hidup berdikari sendiri di dalam melayari bahtera rumahtangga. Jika yang sednag menghadapi masalah ini, saya memberi cadangan anda berpindah dari rumah mertua kerana percayalah pepatah lama ada mengatakan ‘dekat bau busuk, jauh bau wangi’. Nota: Ini sekadar pendapat dan tidak berunsur hasutan. Tidak ada kena-mengena samada dengan individu yang hidup atau pun yang telah mati. Ditegaskan di sini tidak semua ibu mertua dan menantu perempuan mempunyai hubungan dingin seperti yang dibincangkan di atas. |
|||
|
“'Love U'” Since: Mar 07
ISP: Singapore, Singapore |
Mami, topik yg menarik..tapi happy belum boleh baca kesemua nya sebab ada projek untuk diuruskan.Happy tak ada mertua sebab ia telah lama meninggal dunia sebelum happy berkahwin dengan suami.. tapi punya kakak ipar yg berlagak seperti mertua...kita kena sentiasa dengar cakap dia ikut kehendak dia..pening kepala fikirkan perempuan satu ni..usia dah masuk senja tapi perangai tak berubah.Semasa happy baru bernikah dengan suami pernah dia keluarkan kata kata seperti ini pada happy "ORANG TAK PANDANG RUPA ...ORANG TAK PANDANG PELAJARAN" ORANG PANDANG BUDI BAHASA.Ibubapa happy sudah cukup mengajar dan mendidik happy lebih lebih lagi mak happy sentiasa mengingatkan happy dan berkata "kalau sayang adik nya mesti sayangkan kakak nya jugak".Tapi kalau orang tak suka dan punya rasa irihati pada adik ipar rasa nya apa yg kita buat semua tak kena dimata dia.OK lah mami tak boleh panjang panjang cerita kena tutup tingkap sikit lah!... |
|||
|
Ai sey man. tak leh bagi info lah mami... belum ada mak mentua. hu hu hu
|
||||
Sabar jerlah happy |
||||
|
saya ada mak mertua, tapi dah kena strok .. so tak de apa nak komen la
|
||||
|
Since: Feb 07
|
tak pa nanti happy baca lain.. mami rasa dia jadi mcm tu sebab dia rasa dia yang pikul tanggungjawab sebagai mak lepas mak dia tak dak. betoi apa yg mak happy ckp... sayanglah kakaq ipaq happy tu seadanya... memang sayang tu sukar nak dipupuk tambah plk kalau org tu dah buat kita kecik hati... kalau tak boleh ujud rasa sayang.. paling kurang pun kita cuba hormat kat dia... kalau ada kenduri, atau sakit.. pegilah melawat. tak payahlah memaksa diri sayang orang kalau rasa kita tak leh nak buat. orang cakap buat baik berpada-pada.. buat jahat jangan sekali.. lagipun happy kena jaga hati suami..biarlah kak ipaq nak buat apa pun.. ceritakan pada suami isi hati happy.. biarlah dia maklum dengan perkara ni. mami rasa masalah happy ni tak serius sgt sbb happy tiggl berasingan dgn kakak ipaq tu.. jumpa skali-skala.. tak sempat nk tunjuk kuasa.. nanti kita discuss hal ini lagi |
|||
|
Since: Feb 07
|
tak pa jangan sedih.. baca.. yang buruk buat sempadan.. yang baik buat teladan.. nanti bila kawin fikir mana nak tiggal.. jika tak dak hal yg menghalang.. baik tinggal sendiri berdikari.... susah senang sendiri tanggung... ini utuk kebaikan semua pihak.. mami tak menghasut ye... ni pendapat mami... |
|||
|
Since: Feb 07
|
ooo... kalau macam tu sapa yang jaga dia...bergilir-gilir dengan adik bradik lain ke... kalau suami nak berbakti pada mak dia ... kita galakkanlah... sebab kita jugak nanti akan tua.. |
|||
|
dah mlm la..hubby ajak kuar..esokla..beri komin..bye..
|
||||
Ha'a - betul tu mami.- dari pengamatan - lebih bagus duduk sendiri - berdikari - susah senang sama2 tanggung dan belajar untuk mengatasi |
||||
|
Since: Mar 07
|
kabuk tak dan tua...mamii ooi.... |
|||
|
Since: Mar 07
|
Kabuk masa baru baru kawin dulu pon pernah sound kat mak mertua jugak sekali....sebab tak tahan kena control... Mak saya nak kahwin sekali je....tapi kalau bini saya....tak buleh dengar cakap saya...mak paham sendiri la.... |
|||
|
Since: Mar 07
|
duduk sendiri ni line clear....tu nak buat yang tak senonoh la tu...takut orang nampak... |
|||
|
Since: Mar 07
|
macam ni lah jue....biar kabuk dan latif nasihat dia mudah mudahan terbuka kain dia (eh.. silap.. hati dia ...minta ampon ) |
|||
|
Since: Dec 06
|
betui tu mami... umi suka cara mami memberi nasihat ni.. kata org 'dekat bau t&*K, jauh bau bacang'..(betul ke perumpamaan ku ini? wateva la.. hehe) umi pun cam happy gak, takdak both mak & pak mentua.. kira ok la.. tapi ramai ipar duai.. nak kena pandai memainkan peranan la.. kita yg muda tak leh la nak tunjuk terrer.. tapi taklah sampai mengalah teruih.. yg penting kita mesti ada prinsip kita sendri.. kalau mana kita tak suka.. kita berckp cara berkias dan beralas.. biar dorang tak amik hati.. On d other hand plak.. kalau takdak mak & pak mertua pula.. susah gak sbb kalau ada apa2 ke yg kita nak tanya nasihat atau petua atau nak mengadu ka, mereka tak ada d situ utk memberi sokongan dan dokongan. ini umi betul2 terasa sbb umi ramai anak dan takda jugak ibu ayah.. nak dptkan sokongan pun takda.. sedih tauuu... terutama skali bila anak2 umi yg kecil tu tak punya kasih sayang datuk & nenek.. kesian dorang.. i guess ada dia punya pros n cons la.. kita tgk apa kata forumer laen... |
|||
|
topik yg mami tulis ni memang menarik utk di bincangkan..sbb kita akan jadi mak mentua satu hari nanti..akak bernasib baik..sbb mak mentua dah meninggal semasa suami kecil lagi..yg ada mak mentua angkat..dan mak mentua tiri saja..rasanya takde masaalah..sbb kami pindah rumah lepas saja kawin..mereka pun seperti tak hiraukan kami sbb mereka sibuk menguruskan anak2 mereka sendiri..suami akak anak sulung.kami menguruskan keluarga sendiri tampa bantuan sesiape walaupun keluarga akak sendiri..adat rumahtangga..memang ada pergolakan..tapi.. kami seperti saling memerlukan..munkin tiada campurtangan dlm keluarga menyemabkan kami kekal bahagia hingga kini..berbeza ngan adik akak..dia berat sebelah pihak suami..mcm2 masalah timbul..masalah adik bredik..mak mentua..semua nak tanggung.klau dtg berhari2,bertunggutangga..peni ng..memang nampak rumah meriah..dikunjungi sedaramara..tapi masaalah makan/minum..penat nak menguruskannya.bila rumah sentiasa riuh rendah..bila masa anak kita nak blajar..dan bila masa kita nak mengajar..jgn marah anak tak pandai..pendpat akak sama mcm mami & jue..lebih baik duduk jauh dr keluarga mentua...
|
||||
|
klau akak jadi mak mentua plak..akak lebih suka mereka duduk rumah sendiri...adatla.. klau nak duduk sebulan dua/staun..smpai dpt rumah yg sesuai..sbagai orgtua..kita kena bantu apa yg termampu..klau nak jaga cucu..rasanya..maaflah..biar mereka yg mengurus sendiri keluarga mereka..klau cucu pada anak perempuan sendiri..munkin bolih..sbb cara didikan munkin sama..kalau cucu anak lelaki..agak susah..sbb cara didikan ibu mereka berbeza dari kita..
|
||||
|
Since: Mar 07
ISP: Marsiling, Singapore |
Kalau di S'pura lily rasa ramai dr pasangan yg berkawin akan beli rumah dan tinggal sendiri. Itu trend kat sini. Tapi lily rasa dlm kehidupan memang ada pahit manis nya. Cuma samada kita nak give and take, cepat memaafkan dan ikhlas, terpulang kepada diri kita sendiri. Tapi kalau kat M'sia macam mana eh... kalau tinggal kat kampung dgn saudara mara sebelah menyebelah. Kalau moody tak ada mood nak berbual nanti dikata sombong pulak.
Tapi, walaupun tinggal sendiri hidup ipar duai ni tak kan sunyi dr pertelingkahan. Macam kak ipar lily, dah kawin hampir 20 thn dgn abg sulung tapi ada saja yg tak kena dgn kami. Kami, adik beradik kalau jumpa riuh suka usik mengusik. Dia tak suka abg kat rumah mak, sampaikan nak hariraya abg tolong cat rumah mak pun jadi kemarahan nya. Pernah mak meraung bila abang hantar kami pulang dr kelas fardu ain. Dia memaki biar van yg abang pandu terbalik. Kak ipar lily berat sebelah, keluarga dia aje yg abg perlu uruskan. Tapi dia lupa yg abg lily ada tanggung jawab terhadap ibubapa & adik yg belum berumah tangga. Abg takut nak beri nafkah pada ibu secara terang2an, mujur lah ayah lily ada wang simpanan dan sedikit harta dan dgn pemberian wang dr anak2 perempuan. Abg pernah menangis depan lily sebab dah 20 thn kawin tapi tak mampu utk mendidik isterinya. Lily pernah dengar ceramah seorg uztaz, kata beliau redha ibubapa redhalah juga Allah terhadap kita. Isteri harus bantu suami utk jadi anak yg baik kerana syurga suami ada pada ibunya.
|
|||
Pheeeewiiiiiiiiiiiiiiiitttt - salutelah Kabuk. Memang nampak aaaaaaaa kejantanannya. |
||||
|
Since: Mar 07
|
kalau hampa semua jadi mak mertua alamat bincut la kepala menantu hampa....terutama menantu mamii dan lily..... |
|||
|
||||
Please note by clicking on "Post Comment" you acknowledge that you have read the Terms of Service and the comment you are posting is in compliance with such terms. Be polite. Inappropriate posts may be removed by the moderator. Send us your feedback.
| Topic | Updated | Last By | Comments |
|---|---|---|---|
| Siti Nurhaliza, Artis Malaysia Bodoh (Aug '08) | Dec 23 | kabuk | 56 |
| video lucah (ct & dk) akan disebarkan (Sep '06) | Dec 12 | secret | 290 |
| ct bukan anak dara . (Aug '06) | Dec 11 | kabuk | 345 |
| Betul ke Siti merokok? (Aug '06) | Dec 11 | kabuk | 168 |
| siapa orang kaya melayu????? (Sep '06) | Dec 8 | shah ismadi | 88 |
| Jom, sapa2 nak tulis lirik lagu kegemaran, sila... (Dec '06) | Nov 28 | sabrina | 966 |
| Siti Nurhaliza SIAL. MALAySIA pun SIAL ! (Oct '08) | Nov 27 | kabuk | 38 |