|
Pahlawan Rentap
Kuala Lumpur, Malaysia
|
Mari kita menonton Filem Sejarah Kehebatan Negeri Kedah Tua....
|
|
Pahlawan Rentap
Kuala Lumpur, Malaysia
|
Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M. Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaannya. Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan. Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Muzaffar Syah.
|
|
ada nama
Shah Alam, Malaysia
|
Tak sabar nak nonton filem ni. cam hebat kan? nak lihat hikayat/sejarah tanah air kita yg mendunia.
|
|
Pahlawan Rentap
Kuala Lumpur, Malaysia
|
Tua kerajaan ni,,sejak abad satu lagi..
Nama Langkasuka juga ada disebut dalam tulisan-tulisan Melayu dan Jawa, sementara tulisan-tulisan dari China pernah menyebut sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu atau Lang-chia-shu. Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta dihantar pada tahun 523, 531 dan 568 masihi
Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum masehi. Seorang pengembara China menyebut bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 masehi, ia mendapati negeri itu telah lama dibuka.
|
|
Pahlawan Rentap
Kuala Lumpur, Malaysia
|
Kerajaan ini berjaya menguasai jalan perdagangan merentas Timur ke Barat dengan menguasai Patani di Timur dan Kedah di Barat.
Manakala ahli-ahli pelayaran China pada 600 Masehi telah mencatat bahawa kerajaan ini terletak di Timur Laut.
Sebagai kesimpulannya beliau menyatakan Langkasuka itu luas. Sekiranya ahli pelayaran China datang di sebelah Barat, mereka akan menyatakan Langkasuka itu di Kedah yang merupakan persekutuan negeri-negeri kota yang wujud di Segenting Kra.
Tokoh Sejarah negeri Kedah pada majlis diskusi tersebut pula menyatakan Langkasuka itu adalah Kedah berdasarkan buku Hikayat Merong Mahawangsa, Salasilah kerajaan Kedah dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah.
Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, dikisahkan Raja Merong Mahawangsa membina kota istana yang lengkap dengan balainya yang dinamakan Langkasuka.
Ahmad Hambali Saad pula menyarankan agar dirujuk catatan perjalanan Ptolemy selain Hikayat Merong Mahawangsa dan sumber-sumber China.
Menurutnya, dalam peta Ptolemy, tercatat Gangga Negara iaitu warisan Langkasuka selain mencatatkan nama tempat lain iaitu Kalongka yang menurut beliau adalah tapak kerajaan Langkasuka.
|
|
Saudara sedarah
Kuala Terengganu, Malaysia
|
Bagus2. Harap produksi KRU kali ini tidak mengecewakan. Terima kasih kepada Pahlawan Rentap untuk perkongsian malklumat
|
|
Pahlawan Rentap
Kuala Lumpur, Malaysia
|
Pada 100 masehi..Masih ada kerajaan kah di Indonesia?
Manakala Kedah menjadi Kota perdagangan dunia yang dilawati oleh Rum dan China...
|
|
Pahlawan Rentap
Kuala Lumpur, Malaysia
|
Produser filem itu, Norman Abdul Halim mendakwa sehingga kini pihaknya sudah menjual kepada banyak pihak mengenai hak edaran Hikayat Merong Mahawangsa atau dalam bahasa Inggeris untuk versi antarabangsanya menggunakan judul The Malay Chronicles - Bloodlines. Khabarnya, lebih 20 negara termasuk di Perancis, United Kingdom, Jerman Russia dan beberapa negara Timur Tengah sudah berminat untuk mengedar filem itu. Jika benar ada pesanan dan tempahan daripada pengedar luar yang sudah tertarik pada filem itu sesudah ia menyertai promosi di Pasar Filem Eropah (EFM) di Berlin pada pertengahan bulan lalu, ia satu pencapaian yang cukup memberangsangkan untuk filem dari Malaysia.
Secara ringkas apa yang diketahui, filem itu menyentuh kisah pengembaraan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa, dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Pada abad ke 120 Masihi, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian, sementara di negara China, Dinasti Han ialah sebuah empayar yang kuat dan memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom membaik pulih kapal di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (sebuah tempat yang dikatakan terletak di utara Malaysia - kini bernama Kedah ) untuk berkahwin dengan Puteri China yang cantik dari Dinasti Han. Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan
|
|
|
“"why foruming"”
Since: Feb 11
Seremban, Malaysia
|
Please wait...
yahoo. can't wait for it..
|
|
Ahmad Albab
Sungkai, Malaysia
|
Ya. Filem ini nampaknya menaik taraf filem2 melayu yang sedia ada.
|
|
ada nama
Shah Alam, Malaysia
|
Malaysia memang hebat dari segi sejarah dan tamadun yg mungkin lebih tua dan lebih lebih dulu wujud di nusantara ini dari negara2 jiran lain.
Ternyata filem kita juga sudah mendunia.
Hebat Malaysia.
|
|
“"why foruming"”
Since: Feb 11
Seremban, Malaysia
|
Please wait...
Ahmad Albab wrote: Ya. Filem ini nampaknya menaik taraf filem2 melayu yang sedia ada. yea. saya sangat setuju....haha... tontonlah di pawagam berdekatan anda..
|
|
“"why foruming"”
Since: Feb 11
Seremban, Malaysia
|
Please wait...
ada nama wrote: Malaysia memang hebat dari segi sejarah dan tamadun yg mungkin lebih tua dan lebih lebih dulu wujud di nusantara ini dari negara2 jiran lain. Ternyata filem kita juga sudah mendunia. Hebat Malaysia. betul2..:)
|
|
LEMBU MANIA
Bandung, Indonesia
|
Bikin Filem Meong Nelangsa merupakan salah satu Propaganda Penguasa Malon supaya Rakyat-nya seperti Lembu atau tidak melawan kerajaan seperti di mesir dan Tanah Arab.
Buktinya Rakyat Malon mengkritik atau melawan Penguasa pasti akan di tangkap. Kebebasan rakyat Malon di batasi seperti jaman Soeharto dulu.
tidak ada demokrasi. Kerajaan dianggap kultus... atau yang terhebat.
|
|
Ahmad Albab
Sungkai, Malaysia
|
LEMBU MANIA wrote: Bikin Filem Meong Nelangsa merupakan salah satu Propaganda Penguasa Malon supaya Rakyat-nya seperti Lembu atau tidak melawan kerajaan seperti di mesir dan Tanah Arab. Buktinya Rakyat Malon mengkritik atau melawan Penguasa pasti akan di tangkap. Kebebasan rakyat Malon di batasi seperti jaman Soeharto dulu. tidak ada demokrasi. Kerajaan dianggap kultus... atau yang terhebat. out of topic. Kita bicara soal filem Merong Mahawangsa bukan soal demokrasi. Sila buka thread sendiri.
|
|
Pahlawan Rentap
Kuala Lumpur, Malaysia
|
LEMBU MANIA wrote: Bikin Filem Meong Nelangsa merupakan salah satu Propaganda Penguasa Malon supaya Rakyat-nya seperti Lembu atau tidak melawan kerajaan seperti di mesir dan Tanah Arab. Buktinya Rakyat Malon mengkritik atau melawan Penguasa pasti akan di tangkap. Kebebasan rakyat Malon di batasi seperti jaman Soeharto dulu. tidak ada demokrasi. Kerajaan dianggap kultus... atau yang terhebat. Indo semakin iri hati apabila sejarah Malaysia di kenali dunia sejak Abad ke satu,,,tak ada lagi kerajaan masih wujud hanya biawak komodo yang bermaharaja lela di Indonesia...
|
|
movie addict
Kuala Lumpur, Malaysia
|
|
|
Pahlawan Rentap
Kuala Lumpur, Malaysia
|
Kumpulan Lanun yang menyerang Kedah mungkin nenek moyang orang Indonesia...
mereka nampak begitu mistikal dengan keupayaan mengawal cuaca...dan jumlah yang ramai...
|
|
Meong Maumangsa
Mountain View, CA
|
|
|
Pahlawan Rentap
Kuala Lumpur, Malaysia
|
Aku kira orang semenanjung amat terdedah dengan peperangan,,,Munkin nasib kita baik Invasi Monggol berhenti di kemboja tanpa mara lagi ke kawasan semenanjung,,Pihak sukhothai juga menyerang semenanjung beratus tahun (malah Chermin pernah bergabung dengan Majapahit untuk berperang dengan Sukhotahi) Jelas dari bukti peta Tallis bertarikh 1851 diatas, puak sukhothai yang menjajah negeri Siam tidak mengusai Selatan Thailand hari ini. Ketika itu dari Sergenting Kra kebawah masih berada dibawah jajahan Raja Siam Islam, Yang Di Pertuan Kedah Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (1825-1862). Peta diatas telah mula menyebut BANGKOK sebagai ibu negeri Siam kerana setelah menawan Ayuthia mereka tidak lagi menjalankan pemerentahan dari situ
Peta tahun 1851 ini membuktikan bahawa mereka ketika itu sibuk merampas semula wilayah siam islam di Champa yang enggan bernaung dibawah Raja thai Buddha. Mereka menangkap, menyiksa dan membunuh raja-raja islam yang enggan tunduk kepada mereka dan berjaya berkuasa disana sahaja, tidak diselatan Siam. Wilayah di Champa, Laos ini kemudiannya dirampas oleh Perancis.
|
|
Tell me when this thread is updated:
(Registration is not required)
Add to my Tracker
Send me an email
|