|
indon news
Johor Bahru, Malaysia
|
Mangsa cerita detik-detik cemas KLANG 30 Sept.– Salah seorang mangsa tongkang karam yang terselamat, Nor Najihah, 22, terpaksa menyelam di dalam air bercampur minyak kerosin hampir lima minit untuk mencari anaknya, Indra Putra Azli, 14 bulan yang tenggelam di dalam laut. Menurut ibu muda itu, dia yang cemas selepas anaknya terlepas daripada dakapan semasa tongkang yang dinaikinya terbalik lalu karam, nekad menyelam walaupun tidak berapa pandai berenang demi menyelamatkan anaknya itu. “Saya berada di dalam sebuah bilik di tongkang tersebut bersama ramai lagi warga Indonesia lain ketika ia terbalik. “Ketika itu semua orang cemas dan kelam kabut dan Indra Putra yang sedang nyenyak dalam dakapan saya terlepas lalu hanyut. “Tanpa berlengah saya terus berenang dan menyelam untuk mencari Indra Putra dan akhirnya selepas beberapa minit, saya nampak bayi terapung dan apabila saya dekati, dia adalah anak saya,'' katanya ketika menceritakan detik-detik cemas itu. Nor Najihah ditemui ketika dirawat di Wad Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pagi ini. Menurut Nor Najihah, dia bersyukur kerana selamat dan bayinya juga dalam keadaan baik walaupun menelan banyak air laut bercampur minyak. Dalam tragedi pukul 7.30 pagi itu, seramai 12 warga Indonesia mati lemas sementara yang lain terselamat selepas tongkang kayu yang dinaiki untuk pulang berhari raya tenggelam di perairan Pintu Gedong, kira-kira 15 kilometer dari Pelabuhan Barat di sini.
|
|
indon news
Johor Bahru, Malaysia
|
Seorang lagi mangsa, Kasmawati Ilias, 29, pula tidak akan melupakan saat bagaimana suaminya terkapai-kapai dan hilang di tengah laut selepas menyelamatkan anak mereka, Mohd. Risdi, empat tahun. Dia yang masih trauma dengan apa yang berlaku, berkata, suaminya yang dipanggil Abang memang seorang berani dan wira kerana sanggup bergadai nyawa menyelamatkan anaknya. “Suami saya peluk erat anak kami dalam keadaan semua orang kelam kabut menyelamatkan nyawa masing-masing, namun dia akhirnya terlepas Mohd. Risdi dalam dakapan dan terus tenggelam di dasar laut. “Apabila saya lihat Risdi terlepas, saya terus menyelam dan hampir seminit mencarinya baru terjumpa anak saya di satu sudut," katanya yang berdoa agar suaminya selamat dan dapat berhari raya bersamanya. Kasmawati dan anaknya Mohd. Risdi juga kini sedang dirawat di HTAR. Seorang lagi mangsa, Siti Zubaidah M. Nurman, 28, pula menceritakan yang dia nyaris lemas kerana langsung tidak tahu berenang. Siti Zubaidah yang kini dirawat di wad 7A HTAR berkata, dia bernasib baik kerana dapat berpaut selama 20 minit pada sebuah beg besar yang terapung berdekatan dengannya hinggalah ada beberapa lelaki menyelamatkannya dan membawanya naik ke atas kapal. “Saya masih rasa lemah kerana banyak tertelan minyak dan air. Saya sedih kerana kejadian ini saya tidak dapat pulang berhari raya bersama keluarga,'' katanya yang telah tujuh bulan berada di negara ini. Menurut Siti Zubaidah, dia tidak menyangka akan menaiki tongkang kecil yang biasa digunakan untuk membawa sayur bagi perjalanan pulang ke kampungnya. “Saya disuruh oleh seorang ejen membayar RM800 agar saya boleh pulang ke kampung halaman hari ini tetapi rupanya saya ditipu,'' ceritanya sedih. Mohamad Nasir Abdullah, 29, pula memberitahu, dia berasa tidak sedap hati apabila melihat keadaan tongkang yang akan membawanya pulang beraya ke kampung. “Hati saya begitu kuat mengatakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku,'' katanya yang terkejut kerana tongkang yang mampu memuatkan kira-kira 70 orang itu dipenuhi dengan penumpang dua kali ganda jumlahnya. Melihat keadaan itu, Mohamad Nasir pada mulanya mahu membatalkan hasrat untuk pulang ke kampung, namun setelah didesak berkali-kali oleh kakaknya, Rohanita, 30, dia akhirnya akur. Katanya, selepas lima minit berlayar, tiba-tiba tongkang tersebut terbalik menyebabkan para penumpang panik. Menurutnya, para penumpang menjerit-jerit meminta tolong dan cuba mencapai apa sahaja di depan mata untuk berpaut. Dalam keadaan kelam-kabut itu, dia sempat berpaut pada sebuah tong bersama sepasang suami isteri selama setengah jam sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat. Bagaimanapun, kakaknya mati lemas. Menurut Mohamad Nasir, tongkang tersebut dipercayai beroperasi secara haram kerana dia dan beberapa penumpang terpaksa bersembunyi di hutan paya bakau sejak pukul 8 malam tadi. “Menurut ejen yang membawa saya, mereka khuatir terserempak dengan polis marin dan menunggu waktu sesuai sebelum bergerak. “Sebaik menaiki tongkang, saya beri RM400 kepada tekong sebagai bayaran untuk membawa saya ke Tanjung Balai, Sumatera sebelum meneruskan perjalanan ke Aceh," katanya yang bekerja di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya. Seorang lagi mangsa, Heri Nurdin, 29, pula memberitahu, dia bersama isteri dan anaknya duduk bersebelahan enjin terletak di bahagian bawah tongkang. Beberapa detik sebelum tenggelam, dia mendengar bunyi bising dari bahagian enjin diikuti asap berkepul-kepul keluar. Melihatkan keadaan itu, jelasnya, tekong terus mematikan enjin. “Sebaik enjin dimatikan, tongkang terus terbalik," katanya yang berasal dari Aceh. Heri yang bekerja sebagai buruh kontrak bernasib baik kerana memakai jaket keselamatan. Isterinya juga terselamat tetapi anak mereka lemas. Ditanya berapa kos yang dibayar untuk pulang, Heri memberitahu, dia terpaksa membayar RM1,000 untuk tiga beranak tidak termasuk kos penginapan hotel selama empat malam.
|
|
indon news
Johor Bahru, Malaysia
|
Tongkang karam: 17 mangsa semakin pulih
KLANG 30 Sept.– Seramai 17 daripada 18 mangsa yang cedera dalam kejadian tongkang karam di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang di sini berada dalam keadaan stabil dan semakin pulih selepas menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.
Kesemua 17 mangsa yang merupakan 14 wanita termasuk tiga yang sedang mengandung dan tiga kanak-kanak kini dirawat di wad wanita dan kanak-kanak hospital berkenaan.
Wakil Pengarah HTAR, Doktor Annie Nelson berkata, seorang kanak-kanak yang merupakan mangsa ke-18 terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana tertelan terlalu banyak air bercampur minyak.
Beliau berkata, keadaan kanak-kanak itu bagaimanapun stabil dan pihak hospital sedang berusaha merawatnya.
“Kita akan memberikan rawatan kepada semua mangsa dan selepas mereka pulih kita akan membenarkan mereka keluar,” katanya ketika memberi taklimat kepada rombongan Kedutaan Indonesia di HTAR di sini petang ini.
Menurut Annie, mayat 10 daripada 12 mangsa yang terkorban dalam tragedi itu kini berada di bilik mayat HTAR.
|
|
indon news
Johor Bahru, Malaysia
|
12 mati lemas tongkang terbalik pulang beraya
Oleh zabry mohamad
PELABUHAN KLANG 30 Sept.– Seramai 12 warga Indonesia mati lemas manakala 125 lagi terselamat selepas tongkang kayu yang dinaiki untuk pulang berhari raya tenggelam di perairan Pintu Gedong, kira-kira 15 kilometer dari Pelabuhan Barat di sini pagi ini.
Ia melibatkan 11 wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an termasuk seorang sarat mengandung manakala yang terselamat terdiri daripada 88 lelaki, 32 wanita, empat kanak-kanak dan seorang bayi berusia lapan bulan.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, tongkang tersebut dipercayai berlepas dari pesisir hutan paya bakau Pulau Che Mat Zain di sini kira-kira pukul 7 pagi menghala ke Tanjung Balai, Sumatera sebelum karam kira-kira 10 minit kemudian.
Berikut kejadian itu, menurutnya, polis telah menahan enam lelaki warga Indonesia yang dipercayai tekong tongkang tersebut.
“Polis menerima panggilan daripada pihak pengurusan Pelabuhan Barat, Westports (M) Sdn. Bhd. mengenai tragedi itu pada pukul 7.30 pagi ini.
“Kumpulan pertama seramai 30 orang berjaya diselamatkan oleh bot tunda manakala selebihnya dengan bantuan kapal tangki,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Kecemasan Westports di sini hari ini.
Tongkang tersebut dipercayai beroperasi secara haram kerana beberapa penumpang mengaku mereka dipaksa bersembunyi di hutan paya bakau sejak pukul 8 malam tadi sebelum menaikinya pagi ini.
|
|
Clekitboy
Serdang, Indonesia
|
^atas gw, gak kaget gw kalo orang malay gak ada rasa prihatin...watak manusia tak punya hati mungkin...:|
|
|
news
Johor Bahru, Malaysia
|
Clekitboy wrote: ^atas gw, gak kaget gw kalo orang malay gak ada rasa prihatin...watak manusia tak punya hati mungkin...:| yes it is sad and regrettable but indonesians do it to themselves Berikut kejadian itu, menurutnya, polis telah menahan enam lelaki warga Indonesia yang dipercayai tekong tongkang tersebut. Tongkang tersebut dipercayai beroperasi secara haram kerana beberapa penumpang mengaku mereka dipaksa bersembunyi di hutan paya bakau sejak pukul 8 malam tadi sebelum menaikinya pagi ini.
|
|
Clekitboy
Serdang, Indonesia
|
news wrote: <quoted text> yes it is sad and regrettable but indonesians do it to themselves Berikut kejadian itu, menurutnya, polis telah menahan enam lelaki warga Indonesia yang dipercayai tekong tongkang tersebut. Tongkang tersebut dipercayai beroperasi secara haram kerana beberapa penumpang mengaku mereka dipaksa bersembunyi di hutan paya bakau sejak pukul 8 malam tadi sebelum menaikinya pagi ini. terus? kenapa orang indonesia harus pakai tongkang?? sembunyi-sembunyi lagi... berarti betul tuh gossip...awalnya gak percaya seh... ternyata malaysia tidak memperbolehkan orang indonesia balik kampung! malay, a heartless one :|
|
|
news
Johor Bahru, Malaysia
|
they can take scheduled ferry or plane but did not. Very likely No passport, no work permits, therefore must have entered malaysia illegally. and need to leave illegally. They are rushing to get back before Raya, if they surrender to immigration they will get sent to detention centre and only get deported later, they dont want to wait for the deportation.
“Saya masih rasa lemah kerana banyak tertelan minyak dan air. Saya sedih kerana kejadian ini saya tidak dapat pulang berhari raya bersama keluarga,'' katanya yang telah tujuh bulan berada di negara ini. Menurut Siti Zubaidah, dia tidak menyangka akan menaiki tongkang kecil yang biasa digunakan untuk membawa sayur bagi perjalanan pulang ke kampungnya. “Saya disuruh oleh seorang ejen membayar RM800 agar saya boleh pulang ke kampung halaman hari ini tetapi rupanya saya ditipu,'' ceritanya sedih. Mohamad Nasir Abdullah, 29, pula memberitahu, dia berasa tidak sedap hati apabila melihat keadaan tongkang yang akan membawanya pulang beraya ke kampung. “Hati saya begitu kuat mengatakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku,'' katanya yang terkejut kerana tongkang yang mampu memuatkan kira-kira 70 orang itu dipenuhi dengan penumpang dua kali ganda jumlahnya. Melihat keadaan itu, Mohamad Nasir pada mulanya mahu membatalkan hasrat untuk pulang ke kampung, namun setelah didesak berkali-kali oleh kakaknya, Rohanita, 30, dia akhirnya akur.
|
|
|
Clekitboy
Serdang, Indonesia
|
news wrote: they can take scheduled ferry or plane but did not. Very likely No passport, no work permits, therefore must have entered malaysia illegally. and need to leave illegally. They are rushing to get back before Raya, if they surrender to immigration they will get sent to detention centre and only get deported later, they dont want to wait for the deportation. “Saya masih rasa lemah kerana banyak tertelan minyak dan air. Saya sedih kerana kejadian ini saya tidak dapat pulang berhari raya bersama keluarga,'' katanya yang telah tujuh bulan berada di negara ini. Menurut Siti Zubaidah, dia tidak menyangka akan menaiki tongkang kecil yang biasa digunakan untuk membawa sayur bagi perjalanan pulang ke kampungnya. “Saya disuruh oleh seorang ejen membayar RM800 agar saya boleh pulang ke kampung halaman hari ini tetapi rupanya saya ditipu,'' ceritanya sedih. Mohamad Nasir Abdullah, 29, pula memberitahu, dia berasa tidak sedap hati apabila melihat keadaan tongkang yang akan membawanya pulang beraya ke kampung. “Hati saya begitu kuat mengatakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku,'' katanya yang terkejut kerana tongkang yang mampu memuatkan kira-kira 70 orang itu dipenuhi dengan penumpang dua kali ganda jumlahnya. Melihat keadaan itu, Mohamad Nasir pada mulanya mahu membatalkan hasrat untuk pulang ke kampung, namun setelah didesak berkali-kali oleh kakaknya, Rohanita, 30, dia akhirnya akur. ^ lempar batu sembunyi tangan. oi, katanya sudah operasi besar-besaran sampai pemberian permit kepada TKI illegal... kok masih ada neh?? apa malay melempar masalah lagi? Malaysia, a heartless one :|
|
|
news
Johor Bahru, Malaysia
|
if malaysia is truly heartless, it would ban all indonesian TKI, that would really be heartless and cause much hardship and problems for indonesia. There are so many indonesian TKI that want to come to work in malaysia it is too many. why don't TKI go to Gulf, more money there. Malaysia is treating you so badly better go elsewhere.
|
|
“Respect All Life”
Since: Sep 08
Location hidden
|
Please wait...
That's it. Don't blame anyone. This tragedy should be a good leson for us.
|
|
“He who dares, is a fool !”
Since: Sep 08
Johor Bharu
|
Please wait...
d4rk5t4r wrote: That's it. Don't blame anyone. This tragedy should be a good leson for us. I definately agree... GOD people are so insensitive.
|
|
Malaysian Perek
Jakarta, Indonesia
|
Malon jangan banyak cakap kotor kau! Lekaslah itung dosamu! Capek awak melihat perawakanmu!!-____-
|
|
mona
Kuala Lumpur, Malaysia
|
ciri-ciri orang indon 1.suka menyalahkan msia jika kerajaan dia tak boleh kasi kerja kat rakyatnya. 2.bila ada pembenteras illegal- dia kata kita tak manusiawi sedangkan kita takut dia di tipu seperti tekong kapal tongkang. 3.bila rakyat dia nak datang secara legal ejen caj macam-macam 4.bila rakyat malaysia nak ambik direcxt dari indon pekerja dia, ejen diorang marah kata mesti melalui ejen diorang. 5.bila kita ambik melaluie ejen diorang diorang tipu rakyat sendiri dengan caj dan penipuan 6.bila kat airport kita periksa tanya macam-macam diorang kata kita memeras rakyat diorang sedangkan kat airport diorang imegresen diorang yang memeras bila pekerja diorang sampai di sukarno harta peras duit pekerja yang baru balik dengan macam-macam alasan. 7.bila rakyat diorang mati naik tongkang diorang salahkan kerajaan malaysia tak prihatin.kita nak ambik pekerja salah,tak ambik salah.diorang ni bangsa yang banyak cakap ,banyak menyalahkan orang ,banyak gengsi,banyak .....itulah indon.kalau rakyat diorang tak bermental begitu diorang takkan jadi negara terbesar di dunia pengeksport babu dan kuli.sebab dari rakyat sehingga pemerintah diorang bermental kuli.tidak suka mengambil iktibar dari kesilapan diri.bila rakyat banyak sangat bercakap ,kerja tak ada nak di buat ,gagal salahkan orang lain.
|
|
mui
Singapore, Singapore
|
Clekitboy wrote: ^atas gw, gak kaget gw kalo orang malay gak ada rasa prihatin...watak manusia tak punya hati mungkin...:| jangan kata macam tu` bukannya semua orang tu sama` mungkin bangsa and agama tu sama tapi tak semua sama sifatnya kan!!!! jadi jangan samakan semua orang!! takkan 1 buat salah semua yang kena!!!
|
|
Indon
Petaling Jaya, Malaysia
|
memang la indon macam ni..nak buat macam mana...? kan mereka tu indonsial
|
|
Tell me when this thread is updated:
(Registration is not required)
Add to my Tracker
Send me an email
|