Pernah satu kali saya memohon untuk MIED loan. Datuk.Samy tanpa soal banyak memahami keadaan saya dan setuju untuk bagi study loan.sebarang keraguan dan pemprosesan berkaitan dengan pinjaman, beliau minta saya rujuk pada Chitra.Bila saya hubungi dia melalui telefon, PA dia menjawab telefon. saya menyatakan bahawa saya perlu bercakap dengan pn.chitra berkenaan dengan pinjaman saya. Dalam pada itu, dia tidak mahu layan saya,tidak menjawab panggilan dan menyuruh PA dia bagitahu saya bahawa dia tidak ada. sedangkan dia ada di sana.setiap pelajar yang miskin yang tidak berupaya untuk berbelanja tinggi bagi melanjutkan pelajaran mencari kemudahan sebegini.apakah tanggungjawab dia untuk saya dan masyarakat india selaki CEO ? Apakah yang dia maksudkan bahawa 'i want save the maju institute'. Secara ringkas dia berjaya save keperluan dia.tahniah.Pernah dia nyatakan bahawa Datuk Samy bagi hidup untuk dia.budi dia terlalu banyak sehingga kenyataan ini ditulis dalam satu buku yang diterbitkan.Chitra lupa untuk menyatakan atau mencetak di bawah nama dia bahawa chitra @'kacang lupakan kulit'. Apakah yang dia maksudkan ( STAR 08.03.09 ) Datuk Samy sentiasa menyatakan bahawa hanya chitra seorang sahaja yang boleh meredakan memahami hati Datuk Samy? Chitra ialah seorang yang berbudi tinggi dan menghargai sungguh jasa baik Datuk Samy sungguh jelas apabila dia berbincang dengan parti pembangkang.Hari ini mungkin chitra perlukan sokongan pembangkang tapi dimanakah mereka semua semasa chitra perlukan kerjaya dan memewahan dan keselesaan? Tinggi sungguh keikhlasan Chitra terhadap seorang warga tua yang berumur 73 tahun.Sebagaimana chitra berharapan agar masa Datuk Samy sekarang adalah untuk menjaga cucu beliau begitulah harapan kami sebagai pelajar dan warga india yang tidak dipandang sekali pun berharap agar cukuplah jasa anda. masa ini untuk anda(chitra) menjaga anak-anak anda.Mungkin kalau benar, simpanan anda itu lebih daripada cukup untuk perbelanjaan anak pinak anda. Keluhan seorang pelajar india.